BLOGGER TEMPLATES AND Twitter Backgrounds »

Khamis, 24 November 2011

Permintaan Terakhir ku..

Ya Allah...
Hanya padaMU ku pinta
Pilihan ini dengan ilmu Mu
Kepastian ini dengan qudrah Mu
Dari keutamaan Mu yang agung...

Ya Allah...
Hanya Kau yang maha mengetahui
Apa yang sedang ku alami
Hanya Kau yang maha mengerti
Apa yang tersirat di hati...

Ya Allah...
Jika benar pilihan ku ini
Baik untuk agama ku dan penghidupan ku,
Maka pastikanlah ia kepada ku;
Dan...
Permudahkanlah ia bagi ku
Lantas Kau berkati dan redhailah pilihan ku...

Ya Allah...
Jika pilihan ku ini
Jelek bagi agama ku dan penghidupan ku
Maka palingkanlah ia daripada ku;
Dan...
Jauhkanlah ia dari sisi ku
Lantas Kau gantikanlah yang lebih baik
Dari pilihan ku ini...
Dan Kau redhailah diri ku
Insan yang dhaif di muka bumi Mu ini...

Kemaafan bukanlah segala-galanya..

Meskipun kesalahan atau kesilapan itu boleh dimaafkan tetapi janganlah berbicara sampai menyakiti dan menyinggung hati orang lain kerana kemaafan itu bukanlah pengubat hati yang terluka kerana hati yang terluka itu tetap akan terluka. Biarlah kita yang menguasai cinta, jika gagal bererti kita masih berupaya melawan perasaan kecewa sekalipun teramat pedih, luka dan sengsara.

Selasa, 19 Julai 2011

YA ALLAH...

YA ALLAH...

aku memohon,aku merayu,aku bersujud padaMu

satukan lah aku dengannya

agar aku menjadi ssuatu yg halal baginya..

agar aku bisa melewati waktu2 yg tersisa kini dengannya

YA ALLAH...

sekiranya dia bukan tercipta untukku..

jauhkanlah aku dengannya..

agar aku tidak terus membuang waktu yg amat suntuk ini

utk terus berharap... ... ... .

YA ALLAH...

sekiranya waktuku telah habis

aku memohon padaMu

tolonglah simpan rahsia ini baik2

kerana hanya ENGKAU sahaja yg tahu..

rahsia yg paling indah dalam hidupku..

Ahad, 8 Mei 2011

Doa dan Tawakkal



Hidup ini jika Allah bantu keajaiban akan berlaku. Percayalah kepada doa dan tawakal, di samping berusaha menurut prinsip-prinsip agama. Apabila Allah menolong kita tiada siapa lagi yang dapat melakukan apapun. Pertolongan dan kurnia Allah itu boleh menjelma dalam berbagai rupa dan bentuk, cuma kita yang selalu jahil untuk memahami kemakbulan doa yang pernah diminta.


Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat -Hamka

Rabu, 27 April 2011

Rahsia Fadhilat Surah Al-Kausar

Surah al-Kausar adalah surah paling pendek dalam al-Quran. Ia hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah. Ia bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik. Rasa airnya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan baunya lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi baginda iaitu anak lelakinya, Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-

Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita .

Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher. Insya-Allah hilang dahaga.

Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.

Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.
Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.
Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.

Di antara kelebihan surah ini ialah:

1. Dibaca 100 kali ketika hujan turun kemudian berdoa untuk hajat dunia dan akhirat.

2. Dibaca 7 kali pada mata air akan sentiasa bersih sumbernya.

3. Dibaca 300 kali akan menang terhadap musuh.

4. Dibaca 1,000 kali akan diluaskan rezeki, dinaikkan pangkat dan dimudahkan segala urusan.

5. Dibaca 1,000 kali ketika hendak tidur selepas Isya' mudah berjumpa Nabi Shallallahu 'Alaihi Wasallam dalam mimpi.

6. Dibaca 7 kali sebelum tidur menjadi husun pertahanan badan.

7. Dibaca 7 kali semasa dalam keadaan ketakutan.

8. Ditulis di timah untuk menangkap ikan dengan izin Allah Subhanahu wa Ta'ala akan mudah mendapat ikan.

9. Jika kita hendak berdebat dengan seseorang maka ditulis surah ini dan dibawa berdebat akan menang.

10. Jika dibaca pada mata akan menjadi penawar atau dibaca pada air dengan bunga mawar lalu disapu pada mata.

11. Jika dibaca berterusan dijadikan wirid harian:

a. Hati akan menjadi lembut.
b. Hati menjadi khusyuk.
c. Tetap hati dalam ta'at pada Allah Subhanahu wa Ta'ala.

Bila lelaki benar-benar jatuh cinta

Bila lelaki benar-benar jatuh cinta dan setia pada kekasihnya dengan ikhlas,perubahan sikapnya amat mengejutkan semua orang, terutama perempuan yang dicintainya. Hati lelaki yang dianggap keras selama ini selalu menunjukkan egonya, tiba-tiba secara semulajadi menjadi selembut kapas apabila sudah jatuh cinta dengan relanya. Bahkan lelaki yang mabuk cinta sanggup berkorban dan buat apa sahaja untuk kekasihnya, berkorban duit, harta benda,masa malah dirinya sendiri.Sekeras manapun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai oleh insan yang dicintainya sepenuh hati. Sebenarnya, untuk melihat lelaki menangis di hadapan perempuan yang sangat dicintainya amatlah payah.

Diantara tanda-tanda lelaki yang jatuh cinta dengan hebat ialah:


1. Dia bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk kekasihnya dengan rela bukan kerana terpaksa.

2. Dia sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya dan berubah menjadi orang yang kuat bercakap.

3. Dia banyak menasihati kekasihnya kerana dia amat menyayangi kekasihnya.

4. Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap-luap.

5. Dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya.

6. Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana dia sentiasa berasa curiga.

7. Dia tidak suka ada lelaki lain rapat dengan kekasihnya.

8. Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.

9. Adakalanya dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian kerana dia mahu kekasihnya melayannya lebih dari orang lain.

10. Dia menjadi orang yang paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa saja.

11. Dia pandai merajuk hati kerana ingin dipujuk oleh kekasihnya.

12. Dia akan mengelabah apabila kekasihnya berjauhan daripadanya terlalu lama.

13. Dia sentiasa mempastikan keselamatan kekasihnya.

14. Dia mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri.

15. Dia kerap bertanya adakah kekasihnya mencintainya kerana dia merasa kasihnya lebih kuat daripada kekasihnya.

16. Dia tidak akan melayan perempuan lain yang tidak ada urusan penting dengannya.

17. Dia cuba meluangkan lebih banyak masa dengan kekasihnya walaupun terpaksa menunggu kekasihnya dengan sabar.

18. Dia membanggakan kekasihnya di depan orang lain.

19. Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan tidak percaya dengan cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya.

20. Apabila timbul orang ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.

21. Dia menganggap kekasihnya sebagai orang yang paling dipercayainya dan sanggup menyerahkan harta walaupun nyawanya sendiri.

22. Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100 peratus mencintai kekasihnya.

23. Bukan semua lelaki sanggup menitiskan airmata hanya untuk seorang perempuan. HARGAILAH MEREKA.

Isnin, 25 April 2011

ADA APA DENGAN CINTA????


Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah namanya Cinta.
Anyamlah buih-buih di laut demi membuktikan cinta yang suci tanpa menodai keaslian pantai itu.Cinta sebenarnya tidak buta. Cinta adalah sesuatu yang murni, luhur dan diperlukan. Apa yang buta ialah bila cinta itu menguasai dirimu tanpa pertimbangan.

Cinta bukanlah dari kata-kata tetapi dari segumpal keinginan diberi pada hati yang memerlukan. Tangisan juga bukanlah pengubat cinta kerana ia tidak mengerti perjalananan hati naluri. Kejarlah cita-cita sebelum cinta, apabila tercapainya cita-cita maka dengan sendirinya cinta itu akan hadir

Di suatu hari kau datang dan bertanya padaku apa yang lebih penting : Dirimu atau nyawaku. Dan aku menjawab nyawaku lebih penting dan kau pun berlalu dengan penuh kekecewaan tanpa pernah kau sedari bahawa kaulah nyawaku itu. Sesungguhnya kau adalah cinta dan nyawaku dalam hidup ini.

Cinta seringkali akan lari bila kita mencari, tetapi cinta jua seringkali dibiarkan pergi bila ia menghampiri Cinta pertama adalah kenangan. Cinta kedua menjadi pengajaran. Dan cinta yang seterusnya adalah satu keperluan kerana hidup tanpa cinta bagaikan masakan tanpa garam. Lantaran itu bajailah cinta yang dianugerahkan itu sebaik-baiknya. Agar ia terus mekar dan wangi sepanjang musim.

Kecewa bercinta bukan bermakna dunia sudah berakhir.Masa depan yang cerah berdasarkan pada masa lalu yang telah dilupakan. Kamu tidak dapat melangkah dengan baik dalam kehidupan kamu sampai kamu melupakan kegagalan kamu dan rasa kekecewaan itu. Hanya diperlukan waktu seminit untuk menafsir seseorang, sejam untuk menyukai seseorang dan sehari untuk mencintai seseorang, tetapi diperlukan waktu seumur hidup untuk melupakan seseorang.

Ada cinta yang agung antara hamba dan Tuhannya. Cinta kudus antara bonda dan anaknya. Ada cinta rafik yang setia. Ada cinta berahi antara kekasih teruna dara. Ada cinta persaudaraan yang tiada bandingnya. Ada cinta sesama makhluk yang begitu mulia dan cinta dikatakan hampir tidak memilih usia. Ia juga tidak mengira rona bangsa. Tidak ada miskin kaya dalam catatan kamus cinta. Justeru, cinta dikatakan sesuatu yang cukup luar biasa dalam cakerawala hidup setia jiwa.