BLOGGER TEMPLATES AND Twitter Backgrounds »

Rabu, 27 April 2011

Rahsia Fadhilat Surah Al-Kausar

Surah al-Kausar adalah surah paling pendek dalam al-Quran. Ia hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah. Ia bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik. Rasa airnya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan baunya lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi baginda iaitu anak lelakinya, Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-

Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita .

Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher. Insya-Allah hilang dahaga.

Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.

Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.
Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.
Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.

Di antara kelebihan surah ini ialah:

1. Dibaca 100 kali ketika hujan turun kemudian berdoa untuk hajat dunia dan akhirat.

2. Dibaca 7 kali pada mata air akan sentiasa bersih sumbernya.

3. Dibaca 300 kali akan menang terhadap musuh.

4. Dibaca 1,000 kali akan diluaskan rezeki, dinaikkan pangkat dan dimudahkan segala urusan.

5. Dibaca 1,000 kali ketika hendak tidur selepas Isya' mudah berjumpa Nabi Shallallahu 'Alaihi Wasallam dalam mimpi.

6. Dibaca 7 kali sebelum tidur menjadi husun pertahanan badan.

7. Dibaca 7 kali semasa dalam keadaan ketakutan.

8. Ditulis di timah untuk menangkap ikan dengan izin Allah Subhanahu wa Ta'ala akan mudah mendapat ikan.

9. Jika kita hendak berdebat dengan seseorang maka ditulis surah ini dan dibawa berdebat akan menang.

10. Jika dibaca pada mata akan menjadi penawar atau dibaca pada air dengan bunga mawar lalu disapu pada mata.

11. Jika dibaca berterusan dijadikan wirid harian:

a. Hati akan menjadi lembut.
b. Hati menjadi khusyuk.
c. Tetap hati dalam ta'at pada Allah Subhanahu wa Ta'ala.

0 ulasan: